Potong Daging Bab1 Di Tempat Potong Ayam. Pasaraya Ini Tampil Beri Kenyataan Dan Apa Yang Mereka Akan Buat

Baru-baru ini viral di media sosial mengenai satu dakwaan yang mengatakan seorang pekerja di sebuah pasar raya di Banting telah memotong daging babi di tempat memotong daging ayam di premis berkenaan.

Isu tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen sehingga pihak pengurusan pasar raya terbabit telah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

Difahamkan, isu tersebut mula tercetus selepas salah seorang pengguna Facebook memaklumkan tentang insiden yang berlaku selain meminta orang ramai terutamanya pelanggan Muslim supaya berhati-hati dan tidak membeli daging ayam di pasar raya terbabit.

Susulan daripada isu yang viral itu, pihak pengurusan pasar raya telah memohon maaf atas kesilapan dari pihak mereka.

Jelas mereka lagi, segala peralatan yang digunakan telah digantikan dengan yang baharu dan daging ayam yang dijual ketika kejadian sudah pun dibuang.

Bukan itu sahaja, mereka juga turut memanggil bilal masjid untuk membersihkan dan menyertu kawasan berkenaan. Difahamkan, pekerja pasar raya yang terlibat telah dibuang kerja serta-merta.

Sumber: Oh Bulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Potong Daging Bab1 Di Tempat Potong Ayam. Pasaraya Ini Tampil Beri Kenyataan Dan Apa Yang Mereka Akan Buat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*