Ada Sesuatu Yang Berlainan Tentang Nabil Ahmad Ketika Jadi Pengacara Di Muzikal Lawak Superstar Baru Baru Ini

Seorang pengguna Facebook bernama Khaizura Khalid berkongsi pendapatnya mengenai perubahan pada pengacara Nabil Ahmad.

Menurut Khaizura, mungkin ada penonton program Muzikal Lawak Superstar 2 semalam yang menyedari pengacara itu kerap menyebut perkataan ‘Masya-Allah’.

Oleh kerana menyedari perubahan tersebut, Khaizura mengulas kembali sesi siaran langsung antara Prof Muhaya dan KK Talib bersama Nabil dan Zira yang disaksikannya pada 28 Februari lalu.

Dalam sesi siaran langsung itu, Nabil berkongsi pengalamannya pergi melakukan khuruj atau berdakwah bersama jemaah lain.

“Menangis Nabil nak kongsi kisahnya sebab takut orang ingat dia menunjuk-nunjuk, tapi bila bonda Prof minta Nabil kongsikan, Nabil setuju kongsi,” tulis Khaizura.

Selepas khuruj tiga hari, isteri Nabil, Zira menyedari banyak perubahan pada suaminya itu.

“Bila Nabil kata nak keluar khuruj, Zira macam berat hati, tapi bila tiba harinya tu, Zira bagi juga pergi dan dalam masa tu baru rasa lain,” tulis Khaizura lagi.

Kerap Sebut Masya-Allah & Simpan Janggut Panjang, Penonton MLS 2 Perhati Perubahan Nabil Ahmad! Rupa-Rupanya...

“Beberapa minggu lepas, saya tertanya-tanya juga awat janggut Nabil Ahmad makin panjang.

“Bila baca posting Puan Khaizura Khalid ni, baru sy tahu rupa-rupanya Nabil dalam usaha memperbaiki diri setelah bersama jemaah tabligh. Sebak juga kisah beliau ni,” tulisnya.

Dalam video live yang dikongsi di Instagram Prof Muhaya itu, Nabil memuji kebaikan rakan-rakan pendakwahnya itu.

“Yang keluar sekali bersama saya ini tak pernah ajak saya sekalipun, diorang hanya tunjuk akhlak sahaja, saya kenal diorang ni masa zaman main motor.

“Diorang tak pernah bercerita, tetapi tunjuk akhlak, kita tahu diorang tabligh.

“Dalam masa kita bermasalah, diorang layan kita sebaik habis, selalu bawa makanan, dan datang ziarah kami bawa orang baik-baik,” kata Nabil dalam video tersebut.

Semoga usaha Nabil berubah ke arah yang lebih baik sentiasa diberkati Allah SWT.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Ada Sesuatu Yang Berlainan Tentang Nabil Ahmad Ketika Jadi Pengacara Di Muzikal Lawak Superstar Baru Baru Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*