Sebelum Perkahwinan Pu Riz Dengan Neelofa, Ustaz Don Bagi Pesanan Ini

PERKHABARAN mengenai perkahwinan Neelofa dengan PU Riz semakin bertiup kencang biarpun pasangan itu masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut kepada pihak media.

Terbaharu pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, menerusi sebuah posting di Facebook memberikan doa khas kepada usahawan dan pengacara popular dengan pasangannya Riz atau nama sebenarnya, Haris Ismail, 26, yang dikatakan bakal bernikah hujung minggu ini.

“Untuk Neelofa, saya doakan untuk hari mendatang agar disatukan dalam keberkatan, dihimpunkan dengan orang baik, diberi pilihan itu pilihan yang baik.

“Semoga Neelofa menjadi isteri solehah dan kepada Riz, jaga perhiasan dunia yang baik yang Allah bagi ini,” katanya.

Ustaz Don menulis entri itu selepas selesai menjalani penggambaran program terbaharu kelolaan Neelofa dan Nabil Ahmad berjudul Nabil to Neelofa (NtoN) sempena Ramadan akan datang.

Majlis pernikahan Neelofa, 32, dan Riz dikatakan semakin dekat selepas bekas pengacara MeleTOP itu dilihat memakai inai penuh pada jarinya seperti mana kebiasaan yang dipakai oleh bakal pengantin baharu.

Walaupun timbul pelbagai dakwaan dan spekulasi, namun sehingga kini baik Neelofa atau Riz masih mengunci mulut tentang perkara itu.

Pada Rabu, Neelofa memuat naik hantaran tiga potongan doa memohon orang ramai mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

Selain itu, foto-foto kolaj di belakang doa tersebut turut memaparkan seorang wanita sedang melakukan fitting pakaian pengantin di sebuah butik.

Pasangan ini dikatakan bakal mendirikan rumah tangga pada Jumaat atau Sabtu dan berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Kredit: Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Sebelum Perkahwinan Pu Riz Dengan Neelofa, Ustaz Don Bagi Pesanan Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*