Ramadan Bakal Menjelma, PihakPDRM Sudah Keluaran Kenyataan Tentang Boleh Rentas Negeri Atau Tidak

Menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, pastinya rata-rata antara kita ingin pulang ke kampung halaman untuk menziarahi ibu bapa. Namun begitu, hasrat untuk pulang ke kampung perlu dilupakan oleh kerana negara kita masih berdepan dengan wabak Covid-19.

Terbaru menerusi laporan Harian Metro, P0lis Diraja Malaysia(PDRM) bakal mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang dikesan cuba merentas negeri bertujuan pulang ke kampung bagi menyambut Ramadan.

Undang-undang terus diambil

Pengarah Jabatan Pencegahan J3nayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman iaitu Datuk Zainal Abidin Kasim memaklumkan pihak berkuasa akan menjalankan pemeriksaan ketat di setiap sekatan jalan raya dan mana-mana individu yang mempunyai dokumen perjalanan lengkap dibenarkan merentas negeri.

Pelbagai cara digunakan orang awam untuk rentas negeri balik ke kampung jadi di peringkat PDRM kita akan memperketatkan semua pemeriksaan di SJR bagi memastikan tiada yang terlepas.

Kalau ada terjumpa juga, tiada nasihat diberikan malah tindakan undang-undang akan terus diambil ke atas individu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP).

‘Kita akan tengok jumlah peningkatan kes’

Adakah kita akan terus kekal sebegini selamanya kerana masih terdapat sikap tidak mengambil berat akan SOP. Jadi sama-sama patuh SOP supaya kita dapat balik raya.

Kita akan tengok jumlah peningkatan kes harian Covid- 19 kalau meningkat, maknanya kita akan menambah SJR.

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Ramadan Bakal Menjelma, PihakPDRM Sudah Keluaran Kenyataan Tentang Boleh Rentas Negeri Atau Tidak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*