Erra Fazira Umum Nak Tamatkan Zaman ‘Janda’. Dia Tanya Anaknya Aleesya Dan Ini Jawapan Dia Dapat

Pernah dua kali berdepan kegagalan rumah tangga, pelakon dan penyanyi Erra Fazira menerima ketentuan takdir mahligai yang dibina tidak kekal sehingga ke akhir hayat.

Empat tahun bergelar ibu tunggal dan sebelum ini hangat diperkatakan mengenai hubungannya dengan penyanyi Shahir, Erra mengakui hubungan mereka sudah lama berakhir.

Bukan strategi untuk gimik murahan” - Erra Fazira terkejut Shahir terima 'lamarannya' - Hiburan | mStar

“Finish (habis). Sudah lama berakhir. Sekarang ini antara saya dengan dia (Shahir) sudah tidak ada apa-apa hubungan. Cuma masih lagi berhubung, tetapi setakat itu sahaja,” katanya.

Tidak berhasrat untuk selamanya bergelar ibu tunggal, Erra berkata dia bersedia untuk berkahiwn jika bertemu lelaki yang tepat.

“Saya masih menunggu dan melihat. Semuanya saya serahkan urusan jodoh kepada Tuhan. Kalau ada, akan ada. Setakat ini, saya masih sendiri dan tidak ada sebarang ikatan dengan sesiapa,” katanya.

Bagaimanapun, Erra berkata dia tidak boleh membuat keputusan sendiri dalam hal perkahwinan kerana perlu mendapat persetujuan anaknya, Engku Aleesya.

“Saya ada tanya Aleesya. Tetapi dia jawab ‘tidak payahlah’. Saya harap dia cuma bergurau sahaja kerana saya sendiri pun tidak mahu ‘melopong’ (bergelar janda) sahaja selama-lamanya.

“Dia tidak kisah kalau ayahnya berkahwin, asalkan saya tidak. Itu adalah hidupnya dan saya tak mahu bercakap apa-apa.

Sumber : RotiKaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Erra Fazira Umum Nak Tamatkan Zaman ‘Janda’. Dia Tanya Anaknya Aleesya Dan Ini Jawapan Dia Dapat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*