Ada Lagi Guna Kabel Untuk Rentas Negeri, Polis Siasat Dan Akhirnya Mereka Jumpa

Baru baru ini kecoh tentang isu selebriti atau instafamous merentas negeri untuk berhibur dengan menggunakan alasan kerja.

Perkara ini sudah tentu buat netizen tidak berpuas hati dimana mereka sendiri tidak dapat merentas negeri tetapi golongan VIP dan VVIP ini boleh selamber rentas.

Semalam tular satu gambar rentas negeri dari seorang individu yang mendakwa dapat borang kosong yang siap dengan cop polis dan tandatangan.

Alasan individu tersebut adalah untuk pergi temuduga bekerja tetapi apabila pihak polis siasat mereka dapat tandatangan di borang rentas tersebut adalah palsu.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, siasatan mendapati terdapat pemalsuan tandatangan Inspektor Mohd. Ramizan Ramli.

Sehubungan itu, katanya, satu kertas siasatan dibuka bagi menyiasat penyalahgunaan borang rentas negeri tersebut.

“Borang rentas negeri itu diberikan kepada seorang wanita untuk ke Kuala Lumpur bagi menghadiri temu duga pekerjaan yang dijadualkan pada 8 April.

Hari ini pihak polis dari IPD Shah Alam mendedahkan satu lagi gambar borang rentas negeri yang berserta dengan tanda tangan.

“Thank you tolong kali kedua, xyah bratur panjang2. Ad cable dahh mudoh basoe sney kiro”

Ini kenyataan dari pihak PDRM di Shah Alam.

PADA 08 APRIL 2021 (KHAMIS) TELAH TULAR BORANG RENTAS NEGERI BALAI POLIS SEKSYEN 6, SHAH ALAM, SELANGOR.

DIMANA SATU BORANG RENTAS NEGERI KOSONG MILIK BALAI POLIS SEKSYEN 6 BERTANDATANGAN DAN BERCOP PENOLONG KETUA POLIS BALAI SEKSYEN 6, TELAH TULAR DI MEDIA SOSIAL DENGAN TULISAN “Thank you tolong kali kedua, xyah bratur panjang2. Ad cable dahh mudoh basoe sney kiro”

SIASATAN AWAL DIJALANKAN MENDAPATI TERDAPAT PEMALSUAN TANDATANGAN MILIK PENOLONG KETUA POLIS BALAI SEKSYEN 6, SM MOHD FADZLI BIN ALI. SATU KERTAS SIASATAN POLIS DIBUKA DI BAWAH SEKSYEN 468 KANUN KESEKSAAN DAN SEKSYEN 233 AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA.

Sumber : IPD Shah Alam

Artikel: AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

SALIN SEMULA TIDAK DIBENARKAN TANPA KEBENARAN

Be the first to comment on "Ada Lagi Guna Kabel Untuk Rentas Negeri, Polis Siasat Dan Akhirnya Mereka Jumpa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*